suria

Tak faham erti miskin... Guru tegur ibu bapa murid tiada internet, mesej tak sampai - "Tak baca WhatsApp grup ke?"

Terdapat ibu bapa yang mempunyai kekangan kewangan dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG bapa berkongsi kisah menyentuh hati di sebuah sekolah pedalaman apabila sepasang suami isteri ditegur guru kerana anaknya tidak memakai pakaian seragam.

Menurut lelaki itu, guru berkenaan menegur ibu bapa murid tersebut yang dianggap tidak membaca mesej makluman di dalam kumpulan WhatsApp.

Pemberitahuan itu dibuat apabila pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah, menggantikan pakaian sukan yang sepatutnya dipakai pada hari tersebut.

Grup WhatsApp kini dijadikan medium penyampaian berkaitan hal sekolah. -Gambar hiasanGrup WhatsApp kini dijadikan medium penyampaian berkaitan hal sekolah. -Gambar hiasan

"Cikgu cakap kat parents tu 'awak tak baca WhatsApp grup ke? Kan sekolah dah beritahu'. Parents tu jawab 'saya tak buka WhatsApp cikgu sebab tiada internet'.

"Cikgu tu persoal mereka takkan tiada internet dari semalam? Mereka hanya jawab tiada duit nak beli internet, cukup untuk belanja anak sekolah je hari ni," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minat tengok awak... muka comel” - Cikgu dedah mesej gatal bapa murid, nak berkenalan walau diberitahu sudah bersuami

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah dihina murid perempuan, berani hantar mesej kurang ajar - “Hi pakcik babi!”

Menurut lelaki tersebut, sekolah berkenaan terletak di kawasan kampung dan majoriti penduduknya terdiri daripada golongan B40. 

Selain itu, ramai ibu bapa hanya bekerja kampung dan tidak semua mampu memiliki telefon pintar dengan capaian internet.

  • Ibu bapa ditegur guru kerana anak tidak memakai uniform ke sekolah.
  • Mereka tidak membaca WhatsApp kerana tiada internet dan tidak mampu beli data.
  • Kebanyakan penduduk sekolah itu terdiri daripada keluarga B40.
  • Cadangan dibuat agar sekolah turut maklumkan secara bertulis atau lisan.
  • Netizen sarankan komunikasi lebih sesuai dan murid bantu sampaikan pesan.

"Sebab tu info tak sampai. Bukan semua orang mampu sekarang ni. Kadang nak makan pun bercatu beras dan keperluan lain. 

"Mungkin sekolah kena maklum secara verbal atau bersurat juga jika ada perubahan pada jadual harian sekolah," katanya.

Dia turut mencadangkan agar maklumat penting dicetak dan diedar kepada murid untuk diserahkan kepada ibu bapa bagi mengelak salah faham.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Sementara itu, netizen berpandangan ibu bapa terlepas pandang isu berkaitan sekolah adalah perkara biasa walaupun mereka sebenarnya telah menerima sesuatu maklumat.

Warga maya menyarankan agar guru memaklumkan sendiri kepada murid agar mereka mengambil tanggungjawab dengan menyampaikan pesanan itu kepada ibu bapa.

"Sebenarnya tanggungjawab murid nak ingat arahan dan pesanan cikgu. Kita dulu tiada WhatsApp boleh je sampaikan pesan kat mak ayah. 

"Pihak sekolah mungkin kena guna cara komunikasi yang lebih sesuai jika betul majoriti anak-anak di sekolah tersebut adalah dalam kalangan B40. 

"Kalau ada internet pun ada je mak bapa terlepas pandang sebab banyak sangat grup WhatsApp sampai tak sempat nak tengok," antara komen netizen.

 

  

 

Artikel Lain