suria

Gadis TikTok ‘catfish’ pemuda guna gambar AI, kecewa apabila jumpa depan-depan - “Di luar dia pendek dan tak putih”

Segelintir wanita kelihatan lebih cantik di media sosial berbanding di dunia nyata. -Gambar hiasan AI

RAMAI pengguna media sosial mula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyunting foto mereka sebelum dimuat naik di media sosial.

Di Thread, tular kisah seorang lelaki yang kecewa selepas mengetahui wanita yang dikenalinya secara dalam talian menggunakan foto AI.

Kisah itu diceritakan sendiri oleh seorang wanita yang juga rakan sekerja lelaki berkenaan.

Rupa paras sering menjadi ukuran dalam percintaan. -Gambar hiasan AI

"Ada budak ofis jatuh cinta dengan perempuan dekat TikTok. Kami yang kakak-kakak ni saja mengusik, nak tengok kekasih TikTok dia tu.

"Apabila dia tunjuk, kami tanya... tiada gambar sebenar ke? Budak tu cakap itulah gambar sebenar. Kami kata ni gambar edit guna Gemini. Lepas tu dia diam.

"Tiga hari lepas tu dia kata dah putus dengan perempuan berkenaan. Puncanya sebab perempuan tu memang tak lawa macam gambar Gemini," tulisnya.

  • Tular kisah lelaki berkenalan dengan gadis di aplikasi TikTok.
  • Lelaki itu kecewa selepas mendapati gadis berkenaan menggunakan gambar AI.
  • Realitinya, gadis itu selekeh dan tidak cantik seperti foto yang digunakan dalam TikTok.
  • Netizen bimbang trend penyamaran guna AI di media sosial.

Menurut wanita itu lagi, kerja-kerja pemuda berkenaan juga mula terjejas ekoran kekecewaannya dalam percintaan.

"Dalam gambar (AI), perempuan tu putih melepak, bergaya, tinggi dan kurus. Tapi di luar dia selekeh, pendek dan tak putih.

"Budak tu kecewa kena tipu. Jadi tak pasal-pasal kami kena cover kerja budak yang tengah putus cinta ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la karangan bahasa Inggeris ‘power’ semacam, rupanya guna ChatGPT - “Mak ayah cakap asalkan kerja sekolah siap”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bimbang AI, ChatGPT ‘ancam’ otak manusia... Semakin hari rasa bodoh dan malas!

"Kesimpulannya, jangan cepat jatuh cinta. Perempuan pun agak-agaklah nak guna Gemini pun," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen meluahkan rasa terhibur membaca perkongsian kisah itu.

Namun pada masa sama, mereka meluahkan kebimbangan terhadap teknologi AI yang semakin tidak terkawal.

Teknologi AI juga boleh membantu individu gemuk kelihatan kurus di media sosial. -Gambar hiasan AI

"Memang gila apabila orang tak boleh bezakan gambar AI.

"Jangan jatuh hati selagi tak jumpa depan-depan. Ramai yang menyamar sekarang ni.

"Kalau boleh, jangan jatuh cinta yang bermula secara online," tulis netizen.

Artikel Lain