PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar universiti semakin membimbangkan apabila ia dijadikan jalan pintas untuk menyiapkan tugasan tanpa usaha sendiri.
Lebih merisaukan, penggunaan AI turut menular dalam kalangan pelajar sekolah yang mana mereka mula menggunakan platform ChatGPT bagi menyelesaikan kerja sekolah.
Dalam hantaran di X, seorang guru mendakwa muridnya menggunakan ChatGPT bagi menulis karangan dan perbuatan itu direstui oleh ibu bapa masing-masing.
Murid perlu bersikap jujur dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. -Gambar hiasan
"Aku nak latih murid-murid buat karangan. Dah bagi contoh karangan. Lepas tu bagi homework buat karangan tukar-tukar ayat sikit. Tapi akhirnya dia guna chatGPT 100 peratus dan mak ayah dia yang suruh.
"Hampir semua parents (suruh). Macam mana aku tahu? Sebab aku tak pernah baca karangan sehebat dia buat. In English pula tu. Apabila ditanya, student memang mengaku dan bangga.
"Katanya mak ayah mereka cakap asalkan siap kerja sekolah tu. Memang kecewa dan maaf kalau ada yang tak setuju dengan luahan aku," tulis guru itu.
End up dia guna chatGPT 100 peratus dan mak ayah dia yang suruh.
GURU SEKOLAH
Di ruangan komen, ramai netizen meminta guru itu membiarkan sahaja murid-muridnya terus 'menipu' dalam menyiapkan kerja sekolah.
Kata netizen, guru itu tidak rugi, sebaliknya murid-murid serta ibu bapa mereka yang akan menanggung kesan pada masa depan.
ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas dari KL kempunan nak makan angin naik kereta kabel Kuak Hulu, terpedaya video AI - “Tergamak buat orang macam ni”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bimbang AI, ChatGPT ‘ancam’ otak manusia... Semakin hari rasa bodoh dan malas!
"Tak apalah, yang penting tugas cikgu settle. Yang nak study, kita fokus bantu. Yang lain lantaklah.
"Pergi sekolah, ajar subjek, balik rumah. Tak perlu ambil pusing. Nanti peperiksaan lantaklah mereka.
"Tak apa. Nanti dapat keputusan biar mak ayah mereka yang kecewa," tulis beberapa netizen.
Anak-anak perlu diberi pendidikan kerana mereka yang akan menjadi pemimpin generasi akan datang. -Gambar hiasan
Pada masa sama, ada netizen yang meluahkan rasa bimbang terhadap generasi akan datang kerana kebergantungan melampau mereka terhadap tekonologi.
"Kena cari penyelesaian, kalau tak kita semua sebagai satu kelompok masyarakat yang akan rugi besar.
"Dah boleh nanti persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) buat ceramah motivasi untuk ibu bapa pula," tulis netizen lagi.