suria

Pembayar cukai 'bitter' lihat penerima MyKasih beli beras mahal! Kenang nasib, diri sendiri pun makan jenis murah

Ada penerima MyKasih mengambil peluang untuk membeli beras berkualiti bagi menjaga kesihatan. -Gambar hiasan AI kanan

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas melihat individu dari golongan B40 membeli beras mahal menggunakan bantuan MyKasih.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, wanita itu mendakwa dia merupakan pembayar cukai tetapi tidak layak menerima bantuan kebajikan berkenaan.

Tambahnya lagi, dia sendiri hanya mampu membeli beras murah untuk kegunaan harian.

Beras merupakan barang keperluan rakyat Malaysia. -Gambar hiasanBeras menjadi satu keperluan bagi rakyat Malaysia. -Gambar hiasan

"Bagus untuk mereka, tapi aku jadi bitter sebab dia boleh beli beras mahal guna MyKasih tu. 

"Aku pula, dah bayar cukai dan tak layak MyKasih. Makan beras murah je la. Rezeki masing-masing," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak reti jangan redeem!” - Warga emas terkebil-kebil depan kaunter, juruwang marah salah ambil barang MyKasih

ARTIKEL BERKAITAN: Hiba jadi saksi penerima MyKasih hampa sistem 'down', bayi kena minum susu pekat lagi - “Si ayah letak balik sebab tiada duit”

Perkongsian itu mengundang perdebatan dalam kalangan netizen dengan ada yang menyokong pandangan wanita itu.

"Betul tu, walhal yang bayar cukai ni struggle. Bukannya kaya," katanya.

Mungkin selama ni tak pernah merasa makan beras mahal.

NETIZEN

Namun, ada juga warga maya yang memintanya berfikiran positif kerana beras mahal dikatakan sesuai untuk golongan yang berpenyakit.

"Fikir positif, mungkin orang tu selama ni tak pernah merasa makan beras mahal.

"Ada seorang warga emas yang rapat dengan saya dia guna bantuan tu beli beras basmathi sebab kencing manis. 

Reaksi warga maya.Reaksi warga maya.

"Beras tu elok untuk kesihatan dia. Dia kata duit yang ada guna beli ubat," katanya.

Program MyKasih adalah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas dengan peruntukan tertentu setiap bulan.

Kelayakan mereka yang menerima bantuan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, termasuk pendapatan isi rumah dan status sosial ekonomi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain