suria

Hiba jadi saksi penerima MyKasih hampa sistem 'down', bayi kena minum susu pekat lagi - “Si ayah letak balik sebab tiada duit”

Penerima tidak melepaskan peluang memanfaatkan bantuan MyKasih untuk mengurangkan beban kos sara hidup. -Gambar hiasan

BERMULA 1 April 2025, bantuan MyKasih dikreditkan ke dalam akaun penerima dengan jumlah mengikut kelayakan masing-masing setiap bulan.

Maka tidak hairanlah apabila kebanyakan pasar raya menerima kehadiran pelanggan yang ramai setiap kali bemulanya bulan baharu kerana bantuan boleh ditebus bermula tarikh 1 hari bulan.

Bagaimanapun pada Selasa, 1 Julai, kesemua penerima tidak dapat menebus bantuan disebabkan masalah teknikal pada sistem seperti mana dikongsikan seorang pengguna media sosial ini.

Dikenali sebagai Dhyea Hana, ujar wanita ini, pengumuman yang dibuat di pasar raya itu berhubung masalah yang dialami membuatkan dia terpaku melihat sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil.

Ramai yang mengalami masalah kewangan sehingga sukar menjalani kehidupan harian. -Gambar hiasan

Ramai yang mengalami masalah kewangan sehingga sukar menjalani kehidupan harian. -Gambar hiasan AI

"Tengah pilih lampin pakai buang anak, pegawai khidmat pelanggan buat pengumuman perhatian kepada semua pelanggan, sistem MyKasih seluruh Malaysia tidak dapat digunakan pada hari ini (Selasa), harap maklum.

"Ramai yang tolak balik barang, tak jadi ambil. Ada satu keluarga ni, anak dia dah merengek nak susu.

"Si ayah letak balik susu sebab tiada duit, isteri pula tanya nak bagi anak minum susu pekat tambah air ke sebab susu dah habis langsung," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak reti jangan redeem!” - Warga emas terkebil-kebil depan kaunter, juruwang marah salah ambil barang MyKasih

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘scan’ terus campak! Suami isteri hilang sabar hadap juruwang ‘moody’, sempat bagi ‘sepatah dua kata’ sebelum beredar

Menyaksikan drama sedih itu membuatkan hati wanitanya berasa amat tersentuh.

Dia kemudian meminta suaminya berjumpa pasangan tadi bagi menghulurkan bantuan.

"Suami jumpa abang tu dan bawa dia ke satu lorong yang jauh dari orang, semasa salam kaut suami bagi RM50.

Kesian juga pada staf yang kena susun balik semua barang-barang yang ditinggalkan dalam troli.

WARGA MAYA

"Dia tolak mula-mula tu, kemudian suami suruh bagi pada anak," tambahnya lagi.

Bantuan yang dihulurkan itu membuatkan pasangan tersebut menangis.

Lebih menambahkan rasa sedih apabila mereka sememangnya mengharapkan bantuan MyKasih bagi membeli barang keperluan asas disebabkan baru memulakan kerja.

Warga maya turut meluahkan rasa simpati.

Warga maya turut meluahkan rasa simpati.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ramai yang meluahkan simpati mengenangkan nasib pasangan terbabit kerana terpaksa memberi susu pekat kepada anak kecil.

"Semoga Allah limpahkan rezeki yang terbuka luas seperti langit dan bumi buat akak sekeluarga.

"Saya selalu tebus lepas 15 hari bulan, walaupun tak guna untuk diri sendiri tapi MyKasih ni sangat membantu untuk 'topup' barang dapur rumah abah saya.

"Kesian juga pada staf yang kena susun balik semua barang-barang yang ditinggalkan dalam troli.

"Ramai yang susah di luar sana, semoga dipermudahkan urusan mereka," demikian antara reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain