suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saudara-mara sibuk bagi arahan! Emcee kongsi 3 punca majlis kahwin jadi ‘malapetaka’, pengantin pening kepala

Majlis kahwin boleh bertukar huru-hara jika ahli keluarga tidak memberi kerjasama. -Gambar hiasan AI

MAJLIS perkahwinan merupakan antara momen paling bermakna dalam kehidupan pasangan pengantin.

Namun, di sebalik kemeriahan majlis yang dirancang, pelbagai perkara boleh berlaku sehingga menyebabkan perjalanan acara terganggu dan tidak berjalan seperti diharapkan.

Bagi memastikan majlis berlangsung lancar, perancangan awal serta kerjasama semua pihak amat penting, terutama apabila melibatkan jadual acara, pengurusan tetamu dan ahli keluarga.

Seorang pengacara yang dikenali sebagai Emcee Saiful berkongsi tiga kesilapan yang sering berlaku sepanjang pengalamannya mengendalikan lebih 200 majlis perkahwinan.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang berulang kali menjadi punca majlis tidak berjalan lancar, meskipun perancangan dibuat lebih awal.

1. Sering mengubah tentatif pada saat akhir

Antara masalah yang kerap berlaku ialah perubahan jadual acara secara tiba-tiba, terutama apabila sesuatu aktiviti perlu ditangguhkan atas permintaan ahli keluarga.

Sebagai contoh, acara memotong kek yang dijadualkan pada pukul 8 malam terpaksa ditangguhkan kerana ada ahli keluarga yang mahu menunggu saudara dari jauh tiba terlebih dahulu.

Banyak perancangan perlu dibuat menjelang majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

2. Terlalu ramai pihak mahu memberikan arahan

Pengurusan majlis juga boleh menjadi kelam-kabut apabila terlalu ramai individu cuba mengambil alih tugas menyelaras acara.

Saiful menjelaskan keadaan menjadi lebih sukar apabila pengacara sudah menyusun perjalanan majlis, tetapi pada masa sama menerima arahan berbeza daripada tiga atau empat individu.

Situasi ini bukan sahaja menyukarkan tugas pengacara, malah boleh menyebabkan tetamu keliru kerana tidak pasti arahan mana yang perlu diikuti.

3. Ahli keluarga tidak mengikut tentatif yang ditetapkan

Perkara ketiga yang turut menjadi cabaran ialah apabila ahli keluarga sendiri tidak mengikuti tentatif yang telah dipersetujui.

Menurut Saiful, keadaan ini lebih kritikal apabila melibatkan acara penting seperti ucapan dan bacaan doa.

Artikel Lain