SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, begitulah lumrah kehidupan rumah tangga yang turut dilalui usahawan selebriti Cheta Pot Pet bersama suaminya, Aaron Lee sepanjang 18 tahun mendirikan rumah tangga.Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, berkata dia dan suami tidak terkecuali daripada pelbagai ujian sepanjang perkahwinan, malah pernah hampir membawa haluan masing-masing. Menurut Cheta, setiap pasangan perlu bijak mengawal emosi ketika berlaku perselisihan faham bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.Cheta dan suami terharu dengan kehadiran tetamu yang hadir.“Kalau bergaduh, seorang daripada kita mesti kena bertenang. Kalau dua-dua sedang marah, boleh bercerai.“Kami pun pernah hampir sampai ke tahap itu. Tetapi disebabkan suami seorang yang kuat dan banyak bersabar, alhamdulillah hubungan kami masih bertahan sehingga hari ini.“Kadang-kadang duit juga menjadi punca masalah kita, betul tak? Jadi cinta itu pun perlukan duit,” katanya ketika ditemui di Sambutan Ulang Tahun ke18 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Cheta Pot Pet nak cilikan mulut netizen, terkejut nama dipetik pelakon ditahan dadahARTIKEL BERKAITAN: [V] Selisih faham punca lebih enam bulan Cheta Pot Pet tidak jumpa Ifa Raziah, cuba berbaik tapi ditolakDalam pada itu, Cheta berpendapat pasangan suami isteri perlu meluangkan masa bersama, termasuk pergi bercuti bagi mengembalikan kemesraan dan mengeratkan hubungan.Disebabkan itu, dia dan suami merancang menganjurkan majlis sempena ulang tahun perkahwinan ke-18 yang dianggarkan hampir RM100,000.Katanya, majlis itu bukan sekadar meraikan perjalanan rumah tangga mereka, malah menjadi simbol bahawa mereka masih mampu bertahan mengharungi pelbagai cabaran bersama.Cheta tampil dengan persalin kedua di majlis persandingan perkahwinannya.“Sebenarnya kami sudah lama merancang, tetapi menunggu masa yang sesuai. Semua orang tahu kami pernah jatuh bangun dan melalui pelbagai kontroversi.“Jadi, apa yang kami lakukan ini menunjukkan kami masih ada dan perniagaan juga masih berjalan lancar.“Alhamdulillah, hari ini kami meraikan perjalanan suka duka sebagai suami isteri kerana masih mampu mengharungi bahtera perkahwinan sehingga sekarang,” ujarnya.Mengulas mengenai fasa rumah tangga yang dilalui, Cheta berkata dia dan suami sudah melalui pelbagai pengalaman termasuk fasa manis ketika awal perkahwinan, perselisihan faham serta detik sukar.Cheta mempunyai empat cahaya mata bersama suami.Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini masing-masing sudah lebih memahami dan mengenali keperibadian pasangan."Fasa manis yang melampau manis baru kahwin, pertengahan, pergaduhan, pahit semua dah. "Jadi pada fasa sekarang yang kami lalui sekarang ini, Alhamdulillah masing-masing dah mengenali satu sama lain sangat-sangat," ujarnya.Untuk rekod, Rozita berkahwin dengan Aaron pada September 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.