suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheta Pot Pet nak cilikan mulut netizen, terkejut nama dipetik pelakon ditahan dadah

Cheta terkejut nama dikaitkan dengan isu dadah.

USAHAWAN selebriti, Cheta Pot Pet meluahkan rasa kesal apabila namanya turut dipetik susulan penangkapan seorang pelakon wanita drama Gerak Khas 2.0 yang didakwa terbabit dalam kes dadah.

Tampil menjelaskan keadaan, Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, berkata dia memang pernah membintangi drama kepolisan itu, namun memegang watak berbeza tidak seperti didakwa segelintir netizen.

"Ewah, sedap saja kau main petik akak ya. Memanglah aku berlakon dalam Gerak Khas tapi aku bukan watak kepolisan, aku watak lain. Cabai mana cabai!" kongsinya dalam hantaran Threads.

Cheta tampil bersihkan namanya.

Cheta berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna di Threads yang mengaitkan namanya dengan kes membabitkan pelakon berkenaan hanya kerana pernah muncul dalam drama Gerak Khas 2.0.

Tambah Cheta, dia juga tidak sempat untuk pergi berhibur kerana terlalu sibuk dengan urusan menjaga keluarganya.

"Pagi-pagi berdekah Cheta baca siap tag pula itu. Keyakinan beli dekat mana? Sempat pula aku nak pergi kelab lepak?

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selisih faham punca lebih enam bulan Cheta Pot Pet tidak jumpa Ifa Raziah, cuba berbaik tapi ditolak

ARTIKEL BERKAITAN: Cheta Pot Pet dakwa hospital cuai, alat sulit anak cedera selepas prosedur berkhatan... Mahu saman jika tiada penyelesaian

"Anak macam kereta api ini, mana sempat. Hari-hari aku mandi minyak wangi saja, mana sempat aku masuk kelab," kongsinya.

Dalam pada itu, Cheta berharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang andaian atau mengaitkan individu lain tanpa sebarang bukti.

"Penatlah kalau asyik kena petik kita, kita bukan kepolisan dalam Gerak Khas," luahnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon wanita yang terkenal dengan drama kepolisan ditahan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain