PELAKON Fathia Latiff meluahkan rasa kesal terhadap prosedur kosmetik yang pernah dilakukannya sebelum ini demi mengejar kecantikan wajah secara cepat. Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 39, berkata, selain meninggalkan impak negatif kepada tekstur kulit, suntikan botoks itu juga membuatkan wajahnya kelihatan rosak sebaik sahaja kesan rawatan berkenaan mula hilang. “Saya menyesal sebab perubahan wajah saya sebelum ini memang ada buat botoks, tapi kesannya tak lama. Muka akan jadi rosak, kedutan akan datang balik dan masalah beg mata pun muncul semula.Fathia dedah beberapa kesan jangka masa panjang selepas membuat rawatan itu. “Saya buat cara ‘cucuk’ dan sampai sekarang kesannya masih ada,” katanya dalam satu perkongsian video sebelum ini. Mengulas lanjut mengenai keadaan fizikalnya, Fathia mengakui faktor usia yang kini menghampiri angka 40-an menyebabkan kulit wajahnya mula kehilangan keanjalan.Jelasnya, dia kini terpaksa berdepan dengan masalah otot wajah yang semakin kendur terutamanya di kawasan-kawasan sensitif.“Muka saya macam sudah tidak tegang termasuk bawah mata sebab umur pun sudah 39 tahun. Semua otot wajah sudah jatuh. Saya memang mahu tegangkan semula di bahagian mata, mulut dan pipi,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff berhenti fikir soal kahwinARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff dihubungi penerbit, dakwa tidak lagi jadi pilihan watak utama... “Saya tak sentap, tahu putaran hidup”Disebabkan itu, Fathia berkata dia memilih pendekatan yang lebih selamat dan bersifat semula jadi dengan menggunakan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) untuk mengekalkan keremajaan wajahnya.Dalam pada itu, Fathia turut menitipkan pesanan khususnya golongan wanita yang berniat untuk mengubah bentuk wajah agar tidak tersilap langkah seperti dirinya.Jelasnya, proses penuaan secara semula jadi adalah jauh lebih selamat daripada bergantung kepada prosedur kosmetik yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.Fathia mahu mahu wajahnya kembali anjal seperti dahulu. “Saya harap sebelum orang nak buat apa-apa prosedur wajah, fikir dahulu. Kerana bagi saya, 'age gracefully' (menua dengan anggun) adalah yang terbaik,” tambahnya. Sebelum ini Fathia mengakui tidak yakin dengan wajah terlalu cngkung sehingga menyebabkan dia membuat pelbagai rawatan untuk mencantikkan mukanya. Kata Fathia, selepas beberapa kali membuat rawatan botox pada wajah dan mata serba menambah 'filler' di bibir, dia berasa yakin dengan kecantikan yang dimiliki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!