suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fathia Latiff berhenti fikir soal kahwin

Fathia fokus cari kebahagiaan sendiri.

PELAKON Fathia Latiff sudah tidak lagi memikirkan soal perkahwinan walaupun masih hidup solo pada usia yang hampir mencecah 40 tahun.

Fathia, 39, turut memberi bayangan mengenai penampilannya yang semakin dimamah usia sehingga membuatkan dia berhenti meletakkan harapan tinggi terhadap jodoh.

"Bila dah nak masuk umur 40 tahun, saya dah berhenti fikir pasal kahwin.

Fathia kongsi luahan hati.

"Melainkan kau masih hot, masih ada harapan lagi. Tapi kalau rupa dah sama macam kipas dekat rumah itu, hentikanlah angan-angan itu," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut Fathia, fokus hidupnya kini lebih tertumpu kepada mencari kebahagiaan dan ketenangan diri berbanding mengejar impian untuk mendirikan rumah tangga.

Dalam masa sama, dia menegaskan kehidupan seseorang tidak berakhir hanya kerana belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff dihubungi penerbit, dakwa tidak lagi jadi pilihan watak utama... “Saya tak sentap, tahu putaran hidup”

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff rasa diri selekeh, Ramona Zamzam beri semangat ajak ‘workout’

"Saya cuba cari kebahagiaan dari arah lain pula sebab hidup ini belum tamat lagi. Tiba-tiba beremosi pula," luahnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata menitipkan kata-kata semangat buat pelakon itu agar tidak mudah berputus asa dalam soal jodoh.

"Benda yang di luar kawalan kita, serahkan sahaja kepada Allah. Jodoh ini tak mengira usia.

"Kahwin bukan soal cantik atau tidak, tetapi soal jodoh. Jangan patah semangat Fathia," antara komen yang ditinggalkan netizen.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain