PERNAH berada di puncak populariti, pelakon Fathia Latiff mengakui kini berdepan realiti berbeza dalam perjalanan seninya. Bukan lagi pilihan untuk memegang watak utama, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 39, bagaimanapun tidak berkecil hati kerana memahami setiap artis pasti melalui fasa turun naik dalam kerjaya masing-masing. "Ada seorang penerbit ni tiba-tiba mesej saya kononnya nak ambil berlakon. Rupa-rupanya dia cuma nak cakap yang saya takkan dapat watak utama lagi. Perkongsian Fathia di Threads miliknya."Saya tak sentap, saya tahu putaran hidup sebagai pelakon ni macam mana. Bila awal tengah top, berduyun-duyun penerbit, stesen televisyen atau pengasas produk nak ambil awak berlakon, buat reviu. "Tapi bila dah tak panas mereka tak pandang pun awak," katanya. Fathia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff rasa diri selekeh, Ramona Zamzam beri semangat ajak ‘workout’ARTIKEL BERKAITAN: “Kahwin tak wajib” - Fathia Latiff kongsi pendapat cari pasangan, bimbang salah pilih teman hidupDalam pada itu, Fathia menjelaskan situasi berkenaan bukan hanya berlaku kepada dirinya, malah merupakan lumrah yang boleh terjadi kepada mana-mana artis dalam industri hiburan."Situasi ini akan jadi dekat mana-mana artis, tunggu masa saja cepat atau lambat. "Saya tak hadap sangat pun dapat job dari mana-mana company kerana saya bekerja berniaga sendiri. "Walaupun kecil tapi saya percaya perniagaan saya boleh berkembang maju," ujarnya. Fathia kini lebih fokus kepada perniagaan diusahakannya.Pelakon drama Ariana Rose ini bagaimanapun berkata dia kini lebih memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakan dan tidak terlalu bergantung kepada tawaran dalam industri hiburan."Saya cuma harap doa dan sokongan daripada anda semua kerana ia mungkin dapat membantu saya mencapai kejayaan demi masa depan yang lebih baik."Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!