SYARIKAT penerbitan, Elepfilm Entertainment akhirnya mengesahkan bahawa tayangan filem Konspirasi di seluruh rangkaian pawagam Malaysia telah ditamatkan berkuat kuasa 28 Mei lalu.Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak produksi memaklumkan bahawa keputusan itu terpaksa diambil berikutan perkara yang tidak dapat dielak, namun punca sebenar tidak didedahkan. "Pihak produksi secara rasmi mengumumkan bahawa filem aksi-thriller terbaharu terbitan kami, Konspirasi telah ditamatkan tayangannya di seluruh rangkaian pawagam Malaysia berkuat kuasa pada 28 Mei 2026 yang lalu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbit filem Konspirasi."Keputusan ini terpaksa diambil berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan," menurut kenyataan tersebut. Dalam pada itu, Elepfilm Entertainment menjelaskan bahawa tayangan Konspirasi di Singapura serta negara-negara lain tidak terjejas dan masih diteruskan seperti biasa."Namun, tayangan filem KONSPIRASI di seluruh pawagam Singapura dan negara lain tidak terjejas, serta masih berjalan seperti biasa," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah sedih, tak tahu punca tayangan ‘Konspirasi’ dihentikan sebelum cukup tempohARTIKEL BERKAITAN: "Penerbit sendiri minta tamatkan tayangan Konspirasi" - FinasSebelum ini, kecoh di media sosial selepas ramai memuat naik mengenai tayangan filem Konspirasi dihentikan serta-merta pada Khamis. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagaimanapun tampil memberi kenyataan memaklumkan keputusan menarik semula tayangan dibuat oleh syarikat penerbit tanpa melibatkan arahan mana-mana pihak. Untuk rekod, Konspirasi mula ditayangkan pada 21 Mei lalu di 120 pawagam seluruh negara. Filem tersebut membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Hisyam Hamis, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Amir Nafis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!