suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jaga kata-kata” - Atikah Suhaime selar individu perlekeh tahap pendidikan pembantu rumah

Atikah tidak setuju terhadap segelintir pihak yang memandang rendah kerjaya pembantu rumah.

PELAKON Datin Atikah Suhaime tampil memperbetulkan persepsi segelintir pihak yang memandang rendah terhadap tahap pendidikan golongan pembantu rumah.

Menyelar kenyataan yang menganggap 'bibik' tidak berpendidikan, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, juga tidak mahu pandangan negatif sebegitu memberi gambaran buruk terhadap masyarakat Malaysia.

"Tidak elok kata bibik tidak berpendidikan. Tidak bermakna mereka tak cakap Inggeris atau bahasa kita, mereka itu tidak berpendidikan. Ada yang terpaksa mencari rezeki di negara orang.

Atikah membalas kenyataan seorang individu di Threads. 

"Saya ada ramai kawan rakyat Indonesia yang berpendidikan dan kaya. Jangan buat negara lain pandang kita sombong," katanya di laman Threads pada Sabtu.

Atikah menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu komen yang kurang bersetuju apabila seorang anak meluangkan lebih masa bersama pembantu rumah.

Pelakon ini dalam masa sama turut memberi contoh tentang anaknya yang belajar tentang adab hasil didikan pembantu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak putus... Atikah Suhaime jaga solat, mengaji dan berzikir 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang jaga, Atikah Suhaime dah faham alasan ibu letak hantaran tinggi untuk anak perempuan

"Disebabkan pembantu rumah saya, Mulan sekarang pandai salam. Penuh adab. Jadi jaga kata-kata awak," tegasnya.

Atikah sebelum itu berkongsi luahan rasa bersalah sebagai seorang ibu apabila kurang meluangkan masa bersama anaknya disebabkan jadual kerja yang padat.

Biarpun begitu, baginya segala usaha yang dilakukan kini adalah bagi memberi kesenangan buat anaknya di masa akan datang.

Atikah mahu Mulan mendapatkan masa depan yang terbaik. 

"Bekerja keras untuk pastikan Mulan mendapat sesuatu pada usia 20 tahun. Dalam masa sama saya susah meluangkan waktu untuk Mulan. Saya rasa bersalah kerana tiada ketika dia bermain dan belajar. Sekarang dia bercakap bahasa Indonesia.

"Saya hanya mahu Mulan tahu bahawa pada usia 20 tahun nanti, dia boleh mempunyai semua pilihan yang dia mahu terokai, tanpa perlu risau sama ada perniagaannya akan gagal atau tidak," luahnya.

Untuk rekod, Atikah bernikah dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain