suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia paling bertuah” - Mimi Lana kongsi kemanisan bergelar isteri, Syafiq Kyle banyak berubah selepas nikah

Mimi turut memuji keperibadian Syafiq.

BERKONGSI kemanisan dalam kehidupan rumah tangga, pelakon Mimi Lana memberitahu antara perkara paling seronok yang dapat dilakukan selepas berkahwin adalah berpeluang melancong bersama suaminya iaitu aktor Syafiq Kyle.

Menurut Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, sebelum mereka bergelar suami isteri, Syafiq sering menolak untuk pergi melancong bersama atas alasan status mereka yang masih belum berkahwin.

"Sebelum kahwin, Syafiq tak mahu ikut. Katanya tak nak pergi bersama selagi belum kahwin.

Syafiq dan Mimi antara pasangan selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai. 

"Lepas kahwin, benda paling best adalah dapat travel dengan dia," katanya.

Mimi berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam siaran podcast Sembang Seram.

Bercerita lanjut, pelakon itu turut melihat perubahan dalam diri Syafiq selepas mereka bernikah.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau label filem ‘sampah’, Mimi Lana ajak berbincang… Tidak semua dapat impak sama 

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri

"Dulu sebelum kahwin, saya rasa dia kedekut. Selama sembilan tahun bercinta, saya boleh bilang berapa kali sahaja dia bagi saya bunga atau hadiah. Itu pun hari jadi saya dia tak ingat.

"Tetapi dia selalu cakap pada saya, 'kita tak kahwin lagi'. Saya percaya lelaki, kalau sebelum kahwin tak buat, mesti lepas kahwin pun sama. Tetapi bila saya dah kahwin dengan dia, saya minta apa sahaja, semua dapat," ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang turut memuji keperibadian Syafiq sebagai seorang lelaki idaman.

Mimi dan Syafiq bernikah pada Februari 2025. 

Dalam masa sama, Mimi sempat berseloroh dengan memberitahu suaminya itu adalah lelaki yang bertuah kerana memperisterikan dirinya.

"Saya bertuah, dia paling bertuah," ucapnya.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri pada 14 Februari 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain