PERTEMUAN di antara penyanyi Datuk Fazley Yaakob bersama anak lelaki usahawan Datuk Seri Vida iaitu Kacak, mencuri perhatian netizen sehingga dihujani pelbagai reaksi di media sosial.Menerusi satu hantaran video, Fazley, 48, dilihat berkunjung ke kediaman Vida dan disambut Kacak dengan bersalaman dan berpelukan di antara mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu melihat momen tersebut malah ada yang mengusik dan mendoakan agar Fazley dan Vida dipertemukan jodoh kerana kelihatan serasi.Seluar Fazley menjadi perhatian netizen. "Semoga mereka ini berjodohan, sebab sama-sama baik. "Mesti Kacak dahagakan kasih seorang ayah. Peluklah lama-lama sikit dengan Datuk Fazley itu. "Semoga berjodohan Vida dan juga Fazley ini," kata beberapa netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Aidiladha bersama, Fazley Yaakob dan Vida pakai baju sedondon... Tak rancang tapi ramai ‘restu’ARTIKEL BERKAITAN: Vida senyum-senyum tengok video Fazley? Cik B bongkar ‘rahsia’ hubunganBagaimanapun, di sebalik usikan tersebut, gaya penampilan Fazley juga menjadi bualan netizen. Beberapa komen nakal mengkritik cara pemakaian seluar berwarna coklat cair Fazley yang disifatkan sudah ketinggalan zaman dan terlalu ketat."Dah sesuai dengan Vida, tapi seluar pula tidak berapa sesuai. "Apa fesyen seluar? Orang sudah tidak pakai ketat-ketat lagi Datuk.Hubungan Vida dan Fazley mendapat restu anak-anak. "Seluar salah saiz ke tu? Sekarang ini sudah tidak ada trend pakai seluar ketat seperti ini. Sekarang semua besar-besar," usik netizen.Terdahulu, anak sulung Vida iaitu Cik B menerusi satu temu bual secara terbuka menyatakan restunya sekiranya ibunya itu menjalinkan hubungan cinta dengan Fazley.Malah, Cik B turut berseloroh mengakui bahawa ciri-ciri wanita idaman yang pernah digambarkan oleh Fazley sebelum ini seakan-akan tepat merujuk kepada personaliti ibunya sendiri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!