BERKONGSI pengalaman sebagai anak seni, aktres Che Puan Sarimah Ibrahim berpendapat memberi fokus ketika menjalani penggambaran adalah satu perkara penting bagi seorang pelakon.Bagi Sarimah, 48, kemahiran mendengar dan memerhati setiap aspek mampu menghidupkan jalan cerita sesebuah karya menjadi lebih baik. Bahkan menurutnya, ia juga merupakan satu perkara asas yang perlu difahami.Perkongsian Sarimah di Threads. "Asas kepada seorang pelakon ialah mendengar."Mendengar dan memerhati adalah kemahiran serta fokus yang boleh mengubah keseluruhan vibe sesuatu babak," kongsinya.Menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya, Sarimah juga menegaskan tentang keperluan untuk meneliti sudut lakonan yang dimainkan oleh pelakon gandingan.ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim tak pernah rasa diri cantik, anggap pelakon berusia masih ada ruang dalam industri ARTIKEL BERKAITAN: Pegang prinsip tidak boleh dibeli, Sarimah Ibrahim tak terima atau bagi ‘hadiah’Tambahnya, seseorang pelakon tidak mampu memberikan hasil lakonan yang baik tanpa memahami setiap babak dalam sesebuah karya."Kalau tak mendengar babak partner, kita akan terperangkap dalam ego dan hanya melontarkan lakonan berdasarkan pendapat serta interpretasi sendiri."Bukan satu persembahan yang jujur," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!