PENGARAH filem iaitu Ghaz Abu Bakar meluahkan rasa sedih susulan karya terbaharunya berjudul Konspirasi dihentikan di pawagam Malaysia.Tidak tahu punca sebenar, Ghaz, 50, berkata, dia masih belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak penerbit berhubung perkara berkenaan. "Sejujurnya saya sendiri tak tahu kenapa. Saya hanya dapat mesej daripada penerbit dan apabila ditanya, mereka tidak membalas.Ghaz (tengah) ambil maklum setiap respons penonton. "Setahu saya, syarat wajib tayang sepatutnya membenarkan minimum dua minggu tayangan. Filem ini baru masuk seminggu semalam (Khamis)."Saya sangat sedih tetapi positif dengan apa yang berlaku," komennya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.Ghaz pada masa sama akur karyanya itu menerima pelbagai respons daripada penonton selepas ditayangkan pada 21 Mei lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelagak ngeri cedera parah, Ghaz Abu Bakar terpaksa guna AI dalam ‘Konspirasi’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adi Putra dedah cubaan beri rasuah sehingga RM10 jutaSebagai seorang pengarah berpengalaman, baginya setiap komen bersifat subjektif dan mengikut selera penonton."Komen daripada yang sudah menonton terbahagi kepada dua, satunya suka sangat dari segi jalan cerita."Ada juga yang memberi ulasan negatif seperti penggunaan AI (teknologi kecerdasan buatan) yang mana saya tak dapat elakkan kerana pelakon lagak ngeri mengalami kemalangan.Adi Putra dan Sarimah antara dua pelakon utama Konspirasi. "Pada saya itu adalah subjektif. Apa pun, saya dan kru produksi sudah memberikan yang terbaik," ujarnya.Terdahulu, beberapa perkongsian termasuk selebriti di media sosial, mempersoalkan kenapa filem berkenaan tidak lagi ditayangkan di pawagam.Filem terbitan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films ini membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Amir Nafis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!