suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelagak ngeri cedera parah, Ghaz Abu Bakar terpaksa guna AI dalam ‘Konspirasi’

Ghaz terpaksa gunakan AI untuk filem terbaharunya.

KEMALANGAN yang berlaku di lokasi penggambaran filem Konspirasi memaksa pengarahnya iaitu Ghaz Abu Bakar menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyiapkan beberapa babak yang terkesan akibat insiden itu.

Ghaz, 51, bagaimanapun menjelaskan penggunaan AI tidak menganggu perjalanan filem itu kerana hanya melibatkan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan cerita.

“Memang ada penggunaan AI, tetapi saya hanya gunakan sekitar 10 peratus sahaja. 

Penggunaan AI hanya di babak tertentu sahaja.

"Ia disebabkan kemalangan yang berlaku di Melaka apabila pelagak ngeri yang sepatutnya melakonkan adegan itu dilanggar oleh Tuan Adli (Adi Putra) sehingga dimasukkan ke hospital dalam keadaan agak parah,” katanya.

Gara-gara insiden itu, pelagak ngeri terbabit mengalami patah rahang sehingga perlu mendapatkan rawatan mencecah RM60,000.

“Bila berlaku kejadian itu, kami perlu mengejar masa dan ketika itu cuaca juga tidak menentu. Jadi, mahu atau tidak kami terpaksa menggunakan teknologi yang ada sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adi Putra dedah cubaan beri rasuah sehingga RM10 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Tiket Sehala dedah realiti mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara

“Kami juga tidak mampu mengadakan penggambaran tambahan kerana jadual artis sangat ketat. Jadi terpaksalah gunakan teknologi AI. Mana yang nampak itu nampaklah, kalau tak nampak syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ghaz berpandangan teknologi AI boleh dimanfaatkan untuk membantu produksi, namun tidak seharusnya digunakan sepenuhnya dalam sesebuah karya.

“Pada saya, AI boleh digunakan dan elok dimanfaatkan untuk babak tertentu sahaja. Jangan guna 100 peratus kerana ia boleh menjadikan kita tak kreatif dan malas.

Gambaran tentang bagaimana kuasa dan ketamakan.

GHAZ ABU BAKAR

PENGARAH

“Saya juga mahu mempertahankan nasib industri kita. Kalau semuanya guna AI, nanti tiadalah kerja untuk penggiat industri,” kongsinya.

Mengangkat genre political thriller, aksi dan siasatan siber, Konspirasi mengisahkan tentang Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima maklumat sulit mengenai sebuah pelayan tersembunyi yang menyimpan senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara. 

“Konspirasi bukan sekadar filem aksi tetapi sebuah gambaran tentang bagaimana kuasa, ketamakan dan pengkhianatan boleh menghancurkan kepercayaan. 

Antara barisan pelakon Konspirasi.

"Kami ingin menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan kebenaran sentiasa hadir bersama risiko, tekanan dan pengorbanan” kongsinya.

Filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid,  Alicia Amin, Shiqin Kamal, Sarimah Ibrahim, Amir Nafis dan ramai lagi.

Konspirasi akan ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain