KEGIATAN sindiket penipuan kerja yang menjerat rakyat Malaysia di luar negara menjadi inspirasi kepada pengarah Rahila Ali untuk menghasilkan filem berjudul Tiket Sehala.Menurut Rahila, naskhah tersebut diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku di seluruh dunia, namun jarang diketengahkan kepada masyarakat. “Tiket Sehala diinspirasikan daripada kisah benar yang merupakan masalah global, termasuk rakyat Malaysia yang turut menjadi mangsa sindiket tersebut.Tiket Sehala gabungkan pelakon empat negara.“Karya ini dihasilkan dengan rasa tanggungjawab untuk menunjukkan kesan dan akibat yang terpaksa dihadapi mangsa,” katanya.Filem yang menjalani penggambaran di Korea Selatan itu menampilkan barisan pelakon seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani dan Sharifah Sakinah.Turut membintangi filem berkenaan ialah Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Fancy Goh dan Shaharudin Jamaludin.Lebih menarik, filem ini turut menampilkan pelakon dari empat negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia termasuk Hyun Jun Sun, Ninja dan Naufal Samudra.ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah, suami terpaksa PJJ demi kerjaya - “Kami akan tinggal sebumbung satu hari nanti”ARTIKEL BERKAITAN: Noki terkena tendangan pelakon Korea Selatan, bimbang jari patah ketika penggambaran filemSementara itu, pengasas Key Billions Sdn. Bhd., Eddie Yap berkata pihaknya tertarik untuk menerbitkan filem tersebut kerana tema yang jarang diangkat dalam industri perfileman tempatan.“Cerita mengenai sindiket penipuan kerja di luar negara jarang dihasilkan sedangkan ia masalah besar yang membimbangkan.“Sekurang-kurangnya filem ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima tawaran kerja di luar negara,” katanya.Barisan pelakon membintangi filem Tiket Sehala.Tambah Eddie, Tiket Sehala turut menggabungkan kru produksi dari Malaysia dan Korea Selatan sekali gus memberi peluang kepada kru tempatan menimba pengalaman baharu.Tiket Sehala mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia di Korea Selatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube