HUBUNGAN ibu dan anak jarang dipersoalkan ketika segalanya masih ada, namun menjadi paling menyakitkan apabila masa sudah tidak lagi berpihak.Daripada renungan itulah tercetusnya filem Mak #SalamDariSyurga, sebuah naskhah yang mengangkat kejujuran emosi sebagai tunjang penceritaan, tanpa bergantung kepada elemen sensasi atau dramatik berlebihan. Penerbit yang juga pelakon utama filem berkenaan, Azman Ahmad berkata idea pembikinan karya itu lahir daripada pemerhatiannya terhadap realiti kehidupan seharian yang sering terlepas pandang dalam filem arus perdana tempatan.“Ramai antara kita hidup dalam kesibukan sehingga lupa menghargai perkara paling dekat. Filem ini cuba mengingatkan semula, tanpa mengajar atau menghukum,” katanya.Kekuatan emosi filem ini digerakkan menerusi lakonan Datuk Fauziah Nawi yang menjadi nadi utama penceritaan, disokong mantap oleh Azman sendiri serta Izzy Reef.Gandingan itu berjaya menghidupkan konflik dalaman seorang anak lelaki yang bergelut dengan masa silam dan penyesalan.Antara barisan pelakon yang membintangi filem Mak #SalamDariSyurga. Berbeza dengan kebanyakan filem yang mengejar klimaks pantas, Mak #SalamDariSyurga memilih rentak penceritaan yang perlahan. Setiap babak diberi ruang untuk bernafas, membiarkan emosi hadir secara berperingkat, seolah-olah mengajak penonton mengimbau kembali hubungan dengan ibu masing-masing, sama ada yang masih ada atau telah pergi.Pendekatan sederhana tanpa elemen sensasi itu dibuat secara sedar oleh pasukan produksi.“Kami mahu penonton keluar dari pawagam dengan perasaan yang jujur. Jika ada yang terdiam, tersenyum atau menitiskan air mata, itu sudah cukup bagi kami,” ujarnya lagi.Mengulas pemilihan pelakon, Azman menjelaskan proses itu dilakukan dengan teliti bagi memastikan setiap watak memberi impak seimbang kepada keseluruhan naskhah.“Saya mahu Fauziah Nawi sebagai ‘mak’ kerana kredibiliti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Impian Hafiz Nafiah jadi pengarah akhirnya tercapai, tampil filem pertama berjudul ‘Mat Kola’ARTIKEL BERKAITAN: Hampir jadi mangsa, Firdaus Ghufran dedah kes pedofilia wujud dalam kalangan penggiat seni“Selain itu, kehadiran pelakon berbakat seperti Izzy Reef, yang merupakan pemenang anugerah, memberikan keseimbangan kepada naskhah ini.“Selain itu filem ini juga ingin beri peluang kepada ramai bakat baru yang berbakat. Ada antara mereka kali pertama berlakon filem, jadi saya ingin mencabar mereka dan ternyata setiap pelakon berjaya pamerkan aksi yang cemerlang,” katanya.Lebih daripada sekadar kisah hubungan ibu dan anak, Mak #SalamDariSyurga turut mengangkat tema penyesalan, peluang kedua serta makna pulang ke rumah, sama ada secara fizikal mahupun emosi. Ia juga menjadi peringatan bahawa doa seorang ibu terus hidup meskipun insan yang mendoakannya telah tiada.Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Kedah, filem ini mengisahkan Aman (Azman Ahmad) yang terperangkap dalam dilema apabila terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai Edy (Megat Sharizal).Firdaus mememang watak antagonis dalam filem ini.Keadaan menjadi semakin parah apabila Aman diburu pihak polis susulan satu serbuan di sempadan negara. Demi membersihkan namanya di mata ibunya, Nor (Datuk Fauziah Nawi), Aman memilih untuk bertahan hidup di dalam hutan selama berminggu-minggu demi pulang menemui ‘syurganya’.Pengarah filem, Hafis Nafiah menyifatkan penggambaran naskhah itu sebagai satu cabaran besar, terutama apabila barisan pelakon dan kru perlu berkampung di dalam hutan bagi menjayakan babak-babak penting.“Cabaran paling besar adalah apabila kita perlu menjalani penggambaran luar. Kami berkampung selama dua hari dua malam di dalam hutan hanya untuk menyiapkan satu babak demi memastikan kualiti visual yang terbaik,” katanya.Hafis turut menzahirkan kepuasan terhadap komitmen yang ditunjukkan barisan pelakon sepanjang penggambaran.“Buat masa ini saya berpuas hati. Apa yang boleh saya katakan sekarang, saya bangga dengan komitmen mereka untuk menjayakan filem ini,” katanya.Diterbitkan oleh AA Success Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Awal Muzik, Mak #SalamDariSyurga sudah menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak 22 Januari lalu.