PELAKON Firdaus Ghufran mendedahkan dia pernah hampir menjadi mangsa gangguan seksual ketika masih bergelar pelakon kanak-kanak, sekali gus membuka sisi gelap yang jarang diperkatakan dalam industri perfileman tempatan.Firdaus, 24, bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terlibat, selain mengakui isu berkenaan sememangnya wujud dalam kalangan segelintir pemain industri. “Dalam kalangan orang lain, perkara itu memang pernah berlaku. Saya sendiri hampir mengalaminya, tetapi tidak sampai terkena apa-apa. Mungkin individu itu menghormati saya.Firdaus meluahkan kebimbangan terhadap sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab dalam industri.“Benda ini ada. Semua itu memang wujud dan berlaku. Cuma bukan kepada saya. Hampir terjadi, tetapi saya dapat elak. Saya sempat menepis,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Mak #Salamdarisyurga di TGV 1 Utama pada Selasa.Berkecimpung dalam dunia lakonan sejak usia muda, Firdaus turut menekankan peranan ibu bapa dalam memastikan keselamatan anak-anak yang ingin menceburi bidang seni, khususnya apabila membabitkan pelakon bawah umur.“Keluarga saya sentiasa memantau hal-hal seperi isu seksual kerana kami tahu isu ini sangat serius apabila membabitkan kanak-kanak. Itu sudah masuk kategori pedofilia.ARTIKEL BERKAITAN: Firdaus Ghufran dedah dibuli lapan individu di set penggambaran, salah seorang adalah pelakon popularARTIKEL BERKAITAN: Bertahan demi cari duit, Alqal Sahar dakwa pengarah tujah lubang dubur… “Saya diliwat oleh darah daging sendiri berkali-kali”“Sebab itu saya ingin pesan kepada ibu bapa yang membawa anak ke dunia lakonan, tolong jaga anak-anak kalian.“Ada orang sanggup buat perkara sangat kotor tidak kira masa tanpa memikirkan kesan masa depan. Tapi saya percaya, karma (balasan) itu wujud,” katanya.Dalam masa sama, Firdaus meluahkan kebimbangan terhadap sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab dalam industri yang didakwa sering mengambil kesempatan terhadap pelakon kanak-kanak serta pendatang baharu yang masih mentah dan kurang pengalaman.“Pelakon baharu masuk industri, mereka tidak tahu apa-apa. Mereka masih kosong. Kenapa sanggup buat perkara sebegitu kepada mereka? Kasihan.Firdaus hampir menjadi mangsa gangguan seksual ketika bergelar pelakon kanak-kanak.“Mereka ada kehidupan, ada ibu bapa, ada keluarga. Perbuatan tidak waras seperti itu memang tidak wajar langsung.“Semua orang hendak cari makan. Apabila kesetiaan terikat kepada satu pihak, di situlah masalah bermula,” katanya.Terdahulu, isu gangguan seksual terhadap pelakon kanak-kanak kembali menjadi perhatian apabila seorang aktor tampil membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa menjadi mangsa oleh seorang pengarah yang mempunyai hubungan persaudaraan dengannya ketika masih kecil.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube