suria

Bertahan demi cari duit, Alqal Sahar dakwa pengarah tujah lubang dubur… “Saya diliwat oleh darah daging sendiri berkali-kali”

Alqal membuat pendedahan mendakwa dia pernah diliwat sewaktu bergelar pelakon kanak-kanak.

AKTOR Alqal Sahar tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah diliwat seorang pengarah ketika di zaman kanak-kanak.

Alqal mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia terbabit dunia lakonan bagi membantu menyara keluarganya yang hidup dalam kesusahan.

"Saya ada zaman kanak-kanak yang gelap semasa berlakon dahulu dan sampai sekarang mana-mana budak lelaki kecil yang nak berlakon pasti akan diliwat binatang (si pelaku) ini. 

Pendedahan Alqal yang dikongsi bersama mStar.

Pendedahan Alqal yang dikongsi bersama mStar.

"Dia seorang pengarah. Tiba masa saya nak lepaskan dendam yang terpahat sejak kecil. 

"Dia sudah hancurkan zaman kanak-kanak saya dan saya percaya ramai lagi pelakon kanak-kanak yang terkena. Apa yang menyedihkan, binatang (si pelaku) ini adalah terkait darah daging saya," luahnya kepada mStar dalam satu mesej peribadi yang dihantar di Threads. 

Alqal turut mendedahkan kisah hitam yang dilalui dalam beberapa hantaran di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dituduh liwat kanak-kanak berusia 10 tahun, peserta program realiti turut jadi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki dakwa diliwat dua individu, tak sedar kerana diberi dadah

Dalam perkongsian itu,  Alqal mendakwa dia menanggung penderitaan tersebut selama bertahun-tahun sebelum mengambil keputusan meninggalkan rumah berkenaan ketika berusia 17 tahun.

"Keluarga aku orang susah, adik beradik ramai dari kecil aku berlakon nak membantu keluarga. Dari Johor ke Kuala Lumpur seorang diri duduk rumah Mak Uda (ibu saudara). 

"Di situlah aku dipaksa melakukan perkara jijik. Aku bertahan untuk cari duit sampai umur 17 tahun. Aku keluar daripada rumah itu. Tak sanggup zaman kanak-kanak aku diliwat dipaksa binatang jantan (si pelaku) dan aku rasa di zaman sekarang pun ada budak-budak yang terjebak cuma takut nak bersuara," ujarnya. 

Alqal sebelum ini memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak.

Alqal sebelum ini memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak.

Menurut Alqal yang pernah membintangi drama Diari Ramadhan Rafique, selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga hubungan kekeluargaan, namun trauma dan dendam itu masih menghantui dirinya sehingga kini.

"Bila tiba masanya akan aku ceritakan zaman kecilku diliwat oleh darah daging sendiri berkali-kali. Ya Allah. Terlihat indah diriku di waktu kecil dengan berlakon sana sini, hakikatnya dendam aku masih terpahat di fikiran. 

"Aib lagi penting atau titik hitam yang tak pernah hilang aku pendam sampai besar? Aku diam untuk menjaga tali persaudaraan itu, hakikatnya sampai sekarang aku dendam kerana binatang itu masih tidak berubah, sumpah nama Allah ini benar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain