suria

“Kenapa dia buat begitu, apa salah saya pada dia?” - Siti Nurhaliza

Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love yang berlangsung pada Sabtu menerima pelbagai reaksi netizen.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjawab pertanyaan seorang peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang individu lain selepas didakwa mengkritik Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love yang dijayakan pada Sabtu lalu.

Siti dalam hantaran di aplikasi Threads seolah-olah mempersoalkan tindakan dibuat serta tertanya-tanya apakah kesalahan yang pernah dilakukan pada pengguna media sosial itu. 

“Saya rasa tak pernah ada tawaran. Kenapa ye dia buat begitu? Apakah salah saya pada dia?  Apakah yang telah saya lakukan?,” balas Siti dalam hantaran yang dimuat naik seorang peminat di aplikasi Threads pada pagi Selasa.

Siti dengan bersahaja memberi respons menerusi Threads miliknya.

Walau bagaimanapun Siti dilihat masih dalam keadaan emosi yang baik apabila sempat bergurau dengan meninggalkan lirik lagu Jerat Percintaan pada hantaran tersebut. 

“Oh apakah kita kan teruskan, di dalam arus percintaan.. perlukah kitaaaa… Haaaa sambung!!!,” tulisnya lagi.

Terdahulu seorang peminat berang dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang memuat naik luahan mendakwa tiada perubahan dibuat dan konsep yang dibawakan amat membosankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lautan biru dan sorakan setia peminat dari seluruh rantau Asia, Siti Nurhaliza berdiri megah dengan tenaga luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Stadium Nasional Bukit Jalil jadi saksi 65,000 penonton bangun berjoget lambak di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Meskipun individu tersebut tidak menyebut nama mana-mana penganjuran, namun peminat Siti itu seolah-olah merasakan perkara berkenaan ditujukan kepada konsert Siti yang baru berlangsung Sabtu lalu.

“Salam Siti kenapa penganjur konsert sorang ni macam banyak kali tak puas hati dengan you eh? You pernah reject dia ke? 

“Kesian sangat tengok dia. Nasib la saya tak pernah pergi konsert yang dia buat. Harap teruskan reject dia biar dia terus tersakiti,” tulis individu itu. 

Sebelum ini dalam perkongsian di InstaStory seorang pengguna media memuat naik luahan peribadi sehingga mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

“Nothing new still the same and repeat concept boring,” tulis penganjur itu tanpa menyebut nama mana-mana individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain