suria

“Jangan lebih-lebih, macam dia pula yang bercerai” - Uqasha Senrose tegur netizen

Uqasha mohon orang ramai tidak mencampuri hal rumah tangganya.

PELAKON Uqasha Senrose mengingatkan orang ramai supaya mengeluarkan sebarang kenyataan keterlaluan susulan penceraiannya dengan aktor Kamal Adli pada Isnin. 

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata, terdapat segelintir netizen yang berlebihan memberikan reaksi seolah-olah mereka terkesan dengan apa yang berlaku. 

"Tolonglah netizen tak payah over dan melebih-lebih sangat. 

Perkongsian Uqasha yang dimuat naik di Threads miliknya.

Perkongsian Uqasha yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Macam dia pula yang bercerai, jangan lebih-lebih," katanya. 

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Uqasha bagaimanapun mengakui tidak mampu menghalang orang ramai daripada terus bercakap dan membuat andaian sendiri mengenai isu rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Uqasha Senrose tak rancang rujuk dengan Kamal Adli, hanya mahu ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih pernah terima saya sebagai suami” – Kamal Adli hargai Uqasha Senrose

"Sigh (mengeluh), cakaplah apa pun nak," ujarnya. 

Pada Isnin, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 12.56 tengah hari. 

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.

Uqasha sah bercerai talak satu dengan Kamal.

Uqasha sah bercerai talak satu dengan Kamal.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu selepas tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain