suria

Uqasha Senrose tak rancang rujuk dengan Kamal Adli, hanya mahu ‘move on’

Uqasha tidak mahu kembali rujuk dengan Kamal.

SELEPAS sah bercerai talak satu, pelakon Uqasha Senrose mengakui tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali rujuk dengan bekas suaminya, Kamal Adli.

Menurut Uqasha, fokus utamanya ketika ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menyesuaikan diri dengan fasa baharu yang sedang dilaluinya.

“Buat masa ini tidak (rujuk). Saya tak tahu macam mana untuk masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi nanti. 

Uqasha mahu move on daripada Kamal.

“Tapi apa yang boleh saya katakan saya hanya mahu teruskan hidup maju ke hadapan (move on),” katanya kepada mStar. 

Uqasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Menurut Uqasha, perceraian tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia sendiri yang memfailkan permohonan berkenaan.

“Memang sudah dijangka sebab saya sendiri failkan permohonan.Cuma ini perkara baharu untuk saya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Sumpah, demi Allah saya tak nak lepaskan”… Kamal Adli masih berharap rujuk semula dengan Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satu

“Nak hadam semua ambil sedikit masa sebelum boleh bercakap dengan tenang. Apapun doakan saya dan anak untuk teruskan hidup ke hadapan dengan tenang. 

“Tiada apa yang saya boleh katakan cuma berharap dia (Kamal) menjadi seorang ayah bertanggungjawab,” ujarnya. 

Tambah Uqasha, dia berada dalam dilema untuk berkongsi terlalu banyak perkara kepada umum, namun  meminta orang ramai mendoakan dia dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu. 

Uqasha sah bercerai dengan Kamal pada Isnin.

“Saya serba salah sebenarnya. Cakap salah, tak cakap pun salah.

“Apa boleh saya katakan, setahun ini saya bekerja dan menjaga anak serentak. Jadi tiada masalah untuk saya.

“Cuma doakan saya terus kuat untuk melangkah ke depan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain