suria

Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satu

Kamal dan Uqasha sah bercerai dengan talak satu.

KEMELUT rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Lafaz cerai dilakukan Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 40, di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali secara tertutup kira-kira pukul 12.56 tengah hari. 

Sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilihat sudah reda kerana percaya prosiding hakam merupakan fasa pengakhiran hubungannya dengan Uqasha. 

Kamal ketika dijumpai pihak media sejurus selesai prosiding cerainya.

Malah, pasangan itu juga sudah berusaha yang terbaik demi kebaikan keluarga dan anak. 

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat. 

Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga. 

Menurut Syazmee, mahkamah juga telah mensabitkan wujudnya shiqaq iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli akui hubungan dengan Uqasha Senrose di fasa pengakhiran… “Kalau tak ada jodoh saya serah pada Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini sangat melampau!” – Kamal Adli naik hantu, netizen sebar fitnah anak bukan darah daging sendiri

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 1 tahun 8 bulan. 

Bagaimanapun, Uqasha memfailkan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain