suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shuib mengaku bersalah promosi produk vape, didenda RM10,000

Shuib mengaku bersalah atas pertuduhan mempromosikan tembakau elektronik.

PELAWAK Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu selepas mengaku bersalah mempromosikan produk tembakau elektronik (vape) menerusi satu siaran podcast di YouTube, dua tahun lalu.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, selaku orang kena saman (OKS) dijatuhi hukuman tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ezrene Zakariah.

Shuib didenda RM10,000 oleh pihak mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan Shuib dipenjara selama satu tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Shuib didakwa mengambil bahagian dalam satu bentuk promosi produk merokok yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Perbuatan itu disifatkan sebagai menggalakkan orang ramai merokok atau mempromosikan produk berkenaan sebagai alternatif untuk berhenti merokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang Shuib tidak lagi cecah puluhan juta, berjaya bayar sebahagian dalam tempoh 2 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib dapat panggilan minta nombor ustaz, sedih lihat keadaan Amad belakang pentas... Tidak menolak berlaku gangguan mistik

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan menerusi satu podcast yang dimuat naik di platform YouTube pada jam 4.26 petang, 22 Oktober 2024, dan dikesan oleh pihak Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 9(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain