SEORANG penyanyi dan pelakon era 1970-an didakwa gagal menjelaskan bayaran sewa rumah selama empat bulan sebanyak RM5,200 dan ‘berdegil’ untuk keluar dari kediaman jenis kondominium di Ampang, Selangor. Pemilik kediaman tersebut yang mahu dikenali sebagai Mr Chong memberitahu, pihaknya telah menghantar notis kepada penyanyi itu pada Jun tahun lalu supaya dia keluar dalam tempoh tiga bulan. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan memberitahu dia belum mendapatkan tempat tinggal baharu dan masih menetap di rumah tersebut tanpa membayar sewa bulanan.“Selepas tempoh tiga bulan, dia minta untuk terus tinggal di situ kerana mahu mencari rumah baharu. Namun, dia tidak membuat bayaran sewa bagi bulan Oktober 2025 hingga Januari tahun ini.Penyanyi tersebut telah diberi notis awal. “Kali terakhir saya jumpa dia pada awal Disember tahun lalu. Semalam (Ahad) saya ada ke sana, namun cucunya beritahu penyanyi itu tidak mahu berjumpa,” katanya kepada mStar.Chong juga memberitahu dia telah membuat laporan polis pada 31 Disember lalu berhubung perkara tersebut selain memohon kebenaran untuk masuk ke dalam rumah miliknya bagi kerja pembersihan. Tindakan tegas itu dibuat kerana dia sudah hilang sabar apabila penyanyi itu seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama dalam tempoh yang telah ditetapkan.Chong turut mendakwa penyanyi itu sanggup menipu dengan memberi resit palsu bagi bayaran sewa bulan Oktober.ARTIKEL BERKAITAN: Niat bantu anak tahfiz terbantut, Linda Rafar dedah alami kerugian hampir RM1 juta… Dianiaya sekumpulan individu berpangkat datuk ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun sabar menanti, Abby Abadi akhirnya terima mas kahwin tertangguh daripada Norman Hakim“Dia kata resit itu untuk bulan Oktober, tetapi sebenarnya ia adalah bagi bulan September. Dia menipu, tapi saya diamkan sahaja.“Saya mahu rumah itu semula untuk kegunaan sendiri. Sekarang saya sudah hilang sabar dan sebab itu tampil membuat laporan polis,” jelasnya.Katanya lagi, penyanyi itu tidak pernah culas membayar sewa sepanjang tiga tahun menetap di rumah tersebut dan berharap dia dapat memberi kerjasama baik untuk keluar daripada rumah miliknya itu. “Saya tahu dia orang baik, dia juga bagus dalam membuat bayaran setiap bulan. Pernah ada tertangguh satu bulan tetapi dia menyelesaikannya dengan segera.“Saya pun kasihan dengan dia. Bukannya mahu menghalau secara kasar, tetapi mungkin ada cara terbaik agar dapat membantu dia,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube