suria

Jodoh tak panjang, Dayana Roza sah bercerai talak satu

Dayana sah bercerai dengan pada 18 Disember lalu.

PELAKON Dayana Roza mengesahkan rumah tangganya bersama usahawan A’dale Adham Ayahudin berakhir apabila sah bercerai talak satu pada 18 Disember lalu.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, berkata kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada tarikh berkenaan adalah untuk menyelesaikan urusan perceraian tersebut.

“Ya, memang saya hadir ke mahkamah untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu dan sedang menjalani tempoh idah,” katanya memetik laporan Kosmo.

Tiada persefahaman jadi punca Dayana dan A’dale pilih jalan untuk berpisah.

Mengulas punca perpisahan, Dayana menjelaskan hubungan mereka sudah tiada persefahaman.

“Sebenarnya tahun lalu kami hampir bercerai, tetapi saya beri peluang kedua untuk memperbaiki keadaan.

“Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” ujarnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan akan kembali aktif dalam bidang lakonan demi meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian bertukar tragedi! Kepala Dayana Roza cedera akibat rempuhan, terpaksa jalani pembedahan 

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalin awal daripada jangkaan, Dayana Roza selamat timang bayi lelaki

“Saya perlu bekerja keras untuk anak-anak. Jika ada tawaran yang sesuai dan menepati waktu, saya akan terima.

“Sebelum ini saya banyak menolak tawaran lakonan kerana mahu fokus kepada keluarga, tetapi kini saya perlu kembali mencari rezeki demi anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga bersama A’dale pada 25 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain