PELAKON dan model Zahnita Wilson berdepan kecaman orang ramai susulan tindakannya melakukan ‘inline skating’ atau aktiviti berkasut roda di atas trek larian di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Rata-rata komen meluahkan rasa kurang senang kerana aktiviti itu dianggap tidak sesuai dilakukan di tempat berkenaan.
Malah tindakannya berkasut roda dikatakan boleh merosakkan trek stadium itu yang kini kembali dibuka untuk orang ramai sejak awal tahun ini.

Antara komen yang diterima Zahnita.
"Zahnita! Apa ni? Trek itu bukan untuk inline skating.
"Trek larian adalah untuk larian. Tertanya-tanya kenapa susah untuk faham peraturan asas. Lagi nak rakam untuk dilihat seluruh dunia.
"Jahanam trek. Macam mana pengawal boleh lepaskan pakai roller-blade dalam trek ini," komen netizen meluahkan rasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Wilson tak jadi tutup kedai, ambil masa rehat kumpul semangat
ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan beroperasi, Zahnita Wilson akur terpaksa tutup kedai... Tanggung rugi kos perniagaan RM150,000
Komen-komen tersebut diluahkan selepas Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, memuat naik video sedang menikmati aktiviti berkasut roda.
Menerusi ruangan kapsyen, dia juga menulis tentang kenangan di stadium berkenaan hampir 20 tahun lalu ketika menyaksikan konsert penyanyi Michael Jackson.
"Stadium ini kelihatan lebih kecil berbanding ketika saya menonton Michael Jackson 20 tahun lalu," ujarnya.

Zahnita dikatakan melanggar peraturan asas yang ditetapkan.
Sementara itu, menerusi pemerhatian mStar, pihak Stadium Merdeka telahpun meletakkan garis panduan beberapa aktiviti yang tidak dibenarkan di tempat berkenaan.
Antara yang ditekankan adalah tidak boleh berkasut roda atau papan selaju selain aktiviti berbasikal di trek.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


