PEGUAM syarie yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan mengesahkan anak guamnya itu sudah memfailkan pengesahan rujuk terhadap bekas isterinya yang juga penyanyi Adira Suhaimi pada Rabu lalu.
Akmal berkata dia menerima arahan daripada anak guamnya kira-kira lima bulan lalu selepas mendapati terdapat berlakunya rujuk dalam idah.
"Kes ini masih lagi dalam peringkat sebutan. Cuma apa yang boleh saya katakan ada berlaku rujuk tapi tiada pengesahan.

Datuk Red pilih diamkan diri dari keluarkan sebarang kenyataan.
"Sebenarnya sudah lama anak guam dan saya berbincang mengenai perkara ini tapi saya bertindak mengikut arahan dia. Dalam tahun ini kira-kira lima bulan yang lepas," katanya ketika dihubungi mStar.
Tambahnya, isu rujuk itu dipercayai berlaku dalam tempoh idah, namun pihaknya masih belum dapat memberikan penjelasan lanjut berhubung sama ada ia melibatkan lafaz atau perbuatan.
"Kalau tak ada isu mungkin akan terus ke pejabat agama saja tapi disebabkan kami juga tidak tahu pihak satu lagi bersetuju atau tidak, jadi kena merujuk kepada mahkamah sama ada rujuk itu sah atau tidak.
ARTIKEL BERKAITAN: Adira terkejut Datuk Red fail pengesahan rujuk dua hari lalu, serah kepada peguam
ARTIKEL BERKAITAN: Adira, Datuk Red didakwa rujuk dalam tempoh idah, fail pengesahan dua hari lalu
"Apa yang boleh saya katakan perkara itu berlaku dalam tempoh idah lagi, daripada segi perbuatan atau lafaz kami akan respons selepas sebutan nanti," ujarnya.
Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 48, ketika dihubungi bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai pengesahan rujuk yang dibuat.
"Setakat ini saya tiada apa nak komen, semuanya tunggu pada hari sebutan nanti," katanya.
Pihak satu lagi bersetuju atau tidak, jadi kena merujuk kepada mahkamah.
MUHAMMAD AKMAL AMZAN
PEGUAM SYARIE
Sebelum ini, timbul dakwaan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 34, dan Datuk Red telah rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Malah, permohonan pengesahan rujuk dikatakan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Rabu lalu dan sebutan dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari 2026.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Adira dan Datuk Red bercerai pada 2024.
Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu, sekali gus mengejutkan ramai pihak memandangkan hubungan mereka sebelum ini dilihat masih baik demi kebajikan anak-anak.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,7, Asan,6, Anggun,5, dan Ayob,3.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


