PELAKON dan model Zahnita Wilson tampil menjelaskan bahawa beliau tidak akan menutup kedai bakeri miliknya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.
Selepas berbincang dengan kumpulan pengurusan, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, memberitahu bahawa perniagaan tersebut akan terus beroperasi.
"Saya nak ambil peluang ini untuk jelaskan. Saya boleh pastikan kedai bakeri tidak akan ditutup. Pihak pengurusn telah selesaikan dengan lancar," katanya.

Dalam satu hantaran di Instagram Zahnita memaklumkan akan menutup operasi kedai bakeri miliknya.
Zahnita berkongsi perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.
Dia sebelum ini memaklumkan tentang penutupan operasi premis berkenaan kerana terpaksa menanggung kerugian akibat jualan yang kurang memberangsangkan.
Malah, dalam temu bual bersama mStar, Zahnita juga mendedahkan telah melaburkan sebanyak RM150,000 sebagai modal permulaan perniagaan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan beroperasi, Zahnita Wilson akur terpaksa tutup kedai... Tanggung rugi kos perniagaan RM150,000
ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita tak pernah dipukul suami, bekas rakan kongsi dedah sikap sebenarnya
Sementara itu, pelakon ini turut mengakui bahawa perkongsian terdahulu dibuat disebabkan perasaannya yang terkesan dengan situasi yang dihadapi.
"Saya merasakan burnout. Namun, saya tidak akan putus asa.
"Saya hanya akan ambil masa untuk berehat daripada bisnes ini bagi berfikir dan mendapatkan semula semangat," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


