PENYANYI Aweera hilang sabar apabila mendapati terdapat sebuah akaun Instagram palsu yang menyamar sebagai dirinya meninggalkan komen dengan kata-kata kurang sopan.
Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 34, berkata akaun tersebut telah menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran, sekali gus menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikutnya.
"Salam semua, tolong peka dan report dengan akaun yang pakai nama saya dan gambar saya kemudian maki entah apa-apa di ruangan komen.

Komen cacian yang diterima Aweera menerusi Instagram.
"Apa masalah dia ni? Tengok gambar dikongsikan baru empat jam lepas, atau awak nak cakap dengan peguam saya?," katanya.
Aweera berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin tangkap layar menunjukkan individu terbabit meninggalkan komen cacian.
ARTIKEL BERKAITAN:Benang putih keluar daripada pusat, Aweera terkena gangguan sihir... Rasa malas nak kerja
ARTIKEL BERKAITAN:Luahan pelik di IG buat peminat risau... Aweera masih ingat agama, tak terfikir cabut nyawa sendiri
Penyanyi lagu Romancinta ini bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam atau bersikap negatif terhadap sesiapa terutama kepada para penyokong yang telah bersamanya selama hampir dua dekad dalam industri hiburan tanah air.
"Macam saya cakap dalam podcast baru-baru ini, sifat saya tak pernah ada rasa dengki dan tak pernah rasa tak menghargai penyokong selama hampir 20 tahun dalam industri.
"Saya sayang penyokong-penyokong saya, saya doakan si pelaku akaun palsu ini diberikan hidayah dari Allah," ujarnya.

Luahan Aweera di Instastory miliknya.
Meskipun kecewa dengan situasi begini, Aweera tetap tenang dan menyerahkan segalanya kepada takdir serta undang-undang, menunjukkan kematangan dalam menangani isu tersebut.
"Tak mengapalah, saya okay dan tenang. Perkara kecil bagi saya, saya pernah hadap isu yang lagi teruk daripada ini.
"Syukur sebab Allah bagi saya kekuatan," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


