HASRAT pendakwah selebriti Da'i Syed untuk berkongsi tarikh lahir bersama anak tercapai apabila isterinya, Hana Ismail selamat melahirkan cahaya mata kedua pada awal pagi Isnin.
Meluahkan rasa syukur, Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Jamallulail, 30, juga mahu tunaikan nazar selepas apa yang dihajati termakbul.
"Alhamdulillah telah lahir anak kami pada pukul 12.36 pagi (Isnin) tadi.

Syed teruja berkongsi tarikh lahir dengan anak kedua.
"Sepatutnya anak kami lahir pada penghujung bulan ini (EDD), namun saya telah bernazar jika anak ini lahir pada sama tarikh lahir saya, maka akan saya laksanakan akikah dua ekor kambing.
"Alhamdulillah, Allah kabulkan nazar ini," katanya.
Syed berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Syed turut meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya itu berkongsi tarikh lahir dengannya iaitu pada 21 Oktober.
ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dan Hana Ismail selamat timang cahaya mata sulung
ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed umum nama anak sulung, kongsi maksud Sharifah Fatma Nour Jamalullail
"Allah kurniakanku zuriat tepat pada hari lahirku. Tarikh lahir saya 21 Oktober 1995, anak saya 21 Oktober 2025.
"Masya-Allah, rezeki Allah," ujarnya.
Bagaimanapun, Syed tidak mendedahkan jantina anak keduanya itu.

Keluarga bahagia Syed (kanan) dan Hana.
Pada Julai lalu, Syed berkongsi berita gembira bahawa isterinya kini sedang hamil anak kedua.
Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini berusia setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


