suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kami suka bergurau” – Que Haidar akui selesa, tak tolak kalau ada jodoh dengan Nur Fazura

PELAKON Que Haidar mengakui dia mempunyai hubungan rapat dengan aktres Nur Fazura, namun tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai hala tuju hubungan mereka.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haida, 47, berkata Fazura merupakan antara individu yang rapat dengannya ketika ini dan mereka selesa berkawan.

Menurutnya, keserasian itu mungkin hadir kerana mereka mempunyai minat serta latar belakang kerjaya yang sama.

"Setakat ini, itu sahaja yang boleh saya kongsika dan saya mengakui dia merupakan kawan perempuan yang rapat dengan saya sekarang sebab kami berdua pelakon dan banyak topik yang boleh dibualkan, terutama mengenai lakonan dan filem.

"Kami juga suka bergurau. Dia buat lawak, saya gelak. Saya pula buat lawak, dia gelak. Mungkin perkara-perkara itulah yang membuatkan kami selesa," katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak terlalu mengambil endah terhadap permintaan segelintir peminat yang mahu melihatnya menjaga Fazura dengan baik.

"Saya bersyukur dengan doa-doa baik yang diberikan doa yang baik itu bukan sesuatu yang mudah kita dapat dan saya tidak ambil port sangat. Apa yang penting ialah orang-orang yang berada di sekeliling saya dan bersama saya," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi