suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elly Mazlein cerita cabaran dunia perniagaan, bagi nasihat untuk usahawan mikro... Ini tip kembangkan modal bisnes!

BUKAN sahaja berdepan cabaran sebagai anak seni, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein juga pernah merasai pahit getir membangunkan perniagaan yang pernah diusahakannya sebelum ini.

Di sebalik personalitinya yang ceria dan sentiasa menghiburkan, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Elly pernah melalui fasa jatuh bangun sebagai seorang usahawan.

Pengalaman itu mengajarnya bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, sebaliknya memerlukan kesabaran, disiplin serta kebijaksanaan mengurus kewangan untuk terus bertahan ketika berdepan pelbagai cabaran.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Elly dalam podcast ‘Kenot Brain’ yang mengetengahkan topik Pembiayaan BSN Mikro/i MADANI.

Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid (tengah) bersama dua lagi panel jemputan, Elly Mazlein (kanan) dan Noor Lizah Salman.

Turut memeriahkan perbincangan ialah Pemangku Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN), Mujibburrahman Abd Rashid, dan usahawan yang juga pengasas Bonda Liezda, Noor Lizah Salman.

Manakala, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Ajak merupakan hos untuk episod istimewa kali ini.

Menerusi perkongsian mereka, ketiga-tiga panel membincangkan realiti dunia keusahawanan, cabaran yang sering dihadapi usahawan mikro serta bagaimana kemudahan pembiayaan yang disediakan BSN dapat membantu lebih ramai usahawan membina, mengembangkan dan mengekalkan perniagaan masing-masing.

Menurut Mujibburrahman, ramai usahawan mikro mempunyai potensi yang besar, namun sering berdepan kekangan modal untuk mengembangkan operasi perniagaan masing-masing.

Justeru itu, BSN tampil sebagai rakan strategik yang bukan hanya menyediakan pembiayaan, malah membantu membentuk usahawan dalam membina perniagaan yang mampan.

Selain itu, kisah penuh inspirasi turut dikongsikan oleh pengasas Bonda Liezda, Noor Lizah Salman, yang menceritakan perjalanan membina perniagaan dari bawah sehinggalah produk makanannya dikenali ramai hari ini.

Sebagai orang kurang upaya (OKU), Noor Lizah mengakui kekurangan fizikal bukan penghalang untuk mengejar impian. 

Berbekalkan semangat yang tidak pernah luntur serta sokongan yang tepat, beliau berjaya mengharungi setiap dugaan dan membuktikan bahawa kekangan bukan alasan untuk mencipta kejayaan.

Bagi usahawan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai BSN Mikro/i MADANI ini, boleh layari laman rasmi BSN (KLIK SINI) atau mohon di PAUTAN INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi