suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karl cerita perjalanan Cromok, antara band ada ‘equipment’ paling ganas di Malaysia!

VODCAST Kenot Brain kali ini menampilkan gitaris kumpulan Cromok iaitu Karl, yang sememangnya dikenali sebagai antara figura penting dalam perkembangan muzik metal tanah air.

Dalam sesi podcast tersebut, Karl atau nama sebenarnya Khairul Anuar Shariff, 60, berkongsi kisah permulaan penubuhan Cromok serta perjalanan awal kumpulan itu yang bermula pada tahun 1986 ketika dia bersama rakan-rakannya masih menuntut di University of Wollongong, Australia.

Selain itu, Karl turut mengimbau pelbagai pengalaman berharga sepanjang bergelar anak seni, termasuk kenangan bekerjasama dan berkongsi pentas bersama penyanyi Ella yang disifatkannya sebagai antara ikon terbesar dalam industri muzik tempatan.

Banyak lagi perkongsian menarik diceritakan oleh Karl termasuk mengenai konsert Black On White yang bakal menyaksikan Cromok bergabung pentas bersama Barbarik di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 27 Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi