suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kenapa muka lain?” - Danial Kifli terkilan, dah masuk Big Stage pun orang tak kenal

PENYANYI Danial Kifli mengakui terkilan apabila ada individu yang tidak mengenalinya gara-gara perubahan penampilan terutama selepas tubuhnya kelihatan semakin berisi.

Danial atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berkata situasi itu pernah berlaku apabila dia berdepan dengan individu yang berani menegurnya dan seolah-olah mempersoalkan identitinya.

Menurut Danial, pengalaman itu membuatkan dia berasa kurang senang apatah lagi apabila dirinya hanya dikenali selepas dia mula menyanyi.

“Saya pernah juga mengalami situasi apabila ditegur dengan nada agak keras, seperti, ‘Siapa ni?’ Saya dengar sendiri, malah ada juga yang memandang saya dari atas sampai bawah.

“Perkara-perkara macam itulah yang membuatkan saya rasa kurang selesa apabila orang tidak mengenali kita. Tetapi apabila kita mula menyanyi, barulah orang yang tadi memandang kita begitu mula sedar siapa kita sebenarnya.

“Jadi memang agak tidak seronoklah, ada yang kata muka saya berubah setiap tahun, ada yang kata penampilan saya berbeza. Mungkin disebabkan rambut atau berat badan saya yang semakin naik," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi