suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak buat bariatrik, Puspa Gomen cuma suntik untuk kurus... Sekarang ukuran pinggang 26 inci

PENAMPILAN semakin langsing personaliti media sosial, Puspa Gomen mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa dia menjalani prosedur bariatrik atau potong usus demi menurunkan berat badan secara mendadak.

Menyangkal dakwaan berkenaan, Puspa atau nama sebenarnya Raudzah Ismail, 43, memaklumkan perubahan fizikal dialaminya itu adalah hasil suntikan Mounjaro yang diambil sejak hampir tiga bulan lalu.

Malah kata Puspa, dia sanggup berhabis puluhan ribu ringgit demi mendapatkan tubuh lebih sihat selain menjaga tahap kesihatannya seiring peningkatan usia.

“Ramai cakap saya buat potong usus, tapi sebenarnya saya hanya ambil suntikan Mounjaro sahaja.

“Saya buat sebab nak sihat, tambahan pula usia semakin meningkat. Dulu pinggang saya saiz 32, sekarang sudah jadi 26.

“Sepanjang hampir tiga bulan saya jalani rawatan ini, sebanyak 13 suntikan sudah diambil dan saya sudah berbelanja lebih RM10,000 untuk turunkan berat badan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi