suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar tempat berlindung, Yayasan Chow Kit simpan kisah menyayat hati

BERDEPAN dengan pelbagai kisah menyayat hati sudah menjadi lumrah bagi seorang pekerja sosial, namun ada beberapa kes yang meninggalkan kesan mendalam sehingga sukar dilupakan.

Berkongsi pengalaman sepanjang mengendalikan kes melibatkan kanak-kanak, pekerja sosial Yayasan Chow Kit  Nazmi Shahiran mendedahkan pernah berdepan satu insiden penderaan yang disifatkannya paling meruntun jiwa.

Menurut Nazmi atau Nazmi Shahiran Ibrahim, mangsa kanak-kanak itu didera dan mengalami kecederaan serius sehingga menjejaskan keupayaan fizikal.

“Saya pernah berdepan dengan satu kes kanak-kanak didera sehingga tahap kritikal hingga mengakibatkan kanak-kanak tu tidak boleh rasa kakinya.

“Kanak-kanak tu didera oleh jirannya waktu dirumah dan ibunya juga turut dirogol dan paling teruk terpaksa berkahwin dengan perogol berkenaan.

“Saya memang terkejut waktu terima kes tu malah terpaksa minta bantuan rakan sekerja wanita sebab lagi memahami mangsa… ekoran daripada itu saya juga terpaksa pergi sesi terapi sebab terkesan dengan apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, mStar bersama KPJ Healthcare menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mStar Baek telah menyantuni kanak-kanak yang berada di Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Menerusi program ini kanak-kanak ini didedahkan dengan aktiviti penjagaan kesihatan, malah turut diajar cara menjaga kebersihan diri dengan betul dan menjalani pemeriksaan kesihatan bersama pegawai perubatan yang hadir.

Program yang bermula daripada 10 pagi hingga 2 petang itu turut diadakan saringan kesihatan klinikal bagi memantau tahap kesihatan kanak-kanak di Yayasan Chow Kit.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi