suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proses bawa pulang jenazah tak mudah, ada sebab tidak kebumi luar negara... Ustaz Undertaker jelaskan prosedur ‘embalming’

SUSULAN isu membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang maut ditikam di Korea Selatan, timbul perdebatan dan persoalan di media sosial mengenai kaedah jenazah Allahyarham hendak dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, proses membawa pulang jenazah dari luar negara bukanlah semudah yang disangka kerana ia perlu mematuhi prosedur serta syarat ditetapkan pihak berkuasa negara terbabit dan syarikat penerbangan.

Rafieudin atau mesra disapa Ustaz Undertaker turut memberitahu, antara syarat utama yang perlu dipenuhi ialah jenazah perlu melalui proses embalming atau pengawetan sebelum dibenarkan pulang ke negara asal.

"Memang proses pengurusan jenazah dari luar negara nak bawa balik perlukan proses embalming atau pengawetan mayat.

"Kita tahu hukum pengawetan mayat ini haram pada asalnya, namun kerana beberapa kekangan ia boleh jatuh harus.

"Kadang-kadang ada negara tak benarkan jenazah orang luar dikebumikan di tanah mereka dan terpaksalah dibawa balik, risiko tak bawa balik mayat akan dibakar, orang Islam takkan tergamak nak buat begitu," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai kos pengurusan jenazah dari luar negara, Rafieudin berkata jumlah yang perlu ditanggung keluarga boleh mencecah puluhan ribu ringgit bergantung kepada negara, kadar mata wang, caj hospital, dokumentasi serta kos penghantaran pulang menggunakan penerbangan.

"Memang tak mustahil untuk kos pengurusan jenazah dari luar negara mencecah harga sangat tinggi kerana mengikut kadar mata wang berbeza-beza," jelasnya.

Sebelum ini, Allahyarham Ahmad Shah Ahmad Ros maut ditikam selepas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku di Korea Selatan pada Ahad.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba di Malaysia pada Khamis, sekitar pukul 5 petang, tertakluk kepada kelancaran penerbangan dan urusan pihak berkuasa.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor bagi urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi