suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Otot betis koyak, pengarah suruh balik” - Adam Corrie tak serik cedera kali kedua berlakon babak aksi

PELAKON Adam Corrie Lee mendedahkan baru-baru ini dia mengalami kecederaan pada kaki kanan ketika  terlibat penggambaran dalam filem aksi iaitu Orang Perang Senoi Praaq : The Silent Killer.

Menurut Adam Corrie, 58, ini merupakan pengalaman keduanya kerana sebelum ini dia pernah mengalami kecederaan sama iaitu pada bahagian lutut ketika menjayakan sebuah filem aksi.

Meskipun kejadian sama berulang, namun dia tidak serik untuk meneruskan minatnya dalam bidang berkenaan.

"Saya cedera kaki kanan dan memang rasa sedih apabila pengarah suruh saya balik, penerbit datang peluk saya dan suruh saya balik.

“Saya kesian dengan pengarah dan semua kru set sebab mereka sudah buat set daripada pagi sampai malam. Jadi, pengarah tidak izinkan dia minta paramedik urut kaki saya... Otot betis kaki kanan saya koyak pada ketika itu.

“Ini merupakan kali kedua saya mengalami kecederaan pada kaki sama bahagian kanan, nak kata trauma tidak dan saya okay saja sebab berlakon aksi ni memang jiwa saya jadi okay saja untuk teruskan lagi, sebab saya sudah pulih sepenuhnya," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Adam Corrie bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Orang Perang Senoi Praaq : The Silent Killer yang bakal menemui pawagam pada 1 Oktober ini.

Filem ini juga turut dibintangi oleh Niezam Zaidi, Ammar Alfian, Syazwan Zulkifly, Fadhli Masoot, Dewa Arteh,  Josiah Hogan, Adam Corrie, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi