suria
mStar - Urban.Versatil

Hati Aireena Sofia makin tenang, kurang bersedih lepas cerai dengan Haqiem Stopa

SELEPAS lebih sebulan bercerai dengan personaliti media sosial Haqiem Stopa, kini pempengaruh Aireena Sofia mengakui semakin tenang melalui episod baharu dalam hidupnya.

Aireena atau mesra disapa Jane, 22, berkata, dia memilih untuk menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka demi kebaikan diri serta anak tunggalnya.

“Alhamdulillah sekarang sudah makin baik dan fokus saya hanya pada anak serta kerjaya. Tiada masa untuk fikirkan masalah lama.

“Perasaan sedih pun dah makin berkurang sebab saya dah menerima takdir yang telah ditetapkan buat saya,” katanya kepada mStar.

Menurut Aireena, sokongan keluarga dan rakan terdekat banyak membantu dirinya untuk kembali bangkit selepas melalui fasa sukar itu.

Katanya, sejak namanya semakin dikenali, Aireena mengakui menerima pelbagai tawaran termasuk dalam bidang lakonan dan pengiklanan.

Namun buat masa ini, keutamaan tetap diberikan kepada anak lelakinya, Hud, selain komitmen terhadap kempen media sosial yang sedang diusahakan.

“Tawaran untuk berlakon itu memang ada, tapi buat masa sekarang saya terpaksa tolak dahulu sebab kekangan masa dengan menjaga anak serta terlibat dengan beberapa kempen media sosial,” ujarnya.

Untuk rekod, Aireena dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024, namun pasangan itu sah bercerai pada 13 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Hud yang kini berusia lima bulan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi