suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haqiem Stopa fokus niaga affiliate, tak malu jual pakaian dalam wanita... Dah buat ‘research’ rujuk orang alim

DILIHAT semakin aktif melakukan jualan langsung di aplikasi TikTok, personaliti media sosial Haqiem Stopa mendedahkan dia menerima pendapatan lumayan menerusi program affiliate platform berkenaan.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, video pertama yang dimuat naik berjaya meraih jualan memberangsangkan dalam tempoh singkat.

Katanya, kejayaan tersebut membuatkan dia semakin serius memberi fokus terhadap bidang affiliate sehingga sanggup mengambil dua pekerja baharu bagi menguruskan restoran miliknya.

“Pengaruh Abam Panda. Apabila saya cuba buat pada hujung April lalu, saya muat naik dua video dan mendapat sambutan.

“Satu video sahaja mampu menghasilkan jualan yang agak memberangsangkan. Selepas itu, saya semakin berminat dan mengambil dua pekerja untuk menjaga restoran supaya saya boleh fokus kepada affiliate,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haqiem turut menjawab kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya menjual pakaian dalam wanita menerusi platform berkenaan.

Jelas Haqiem, dia terlebih dahulu membuat kajian selain mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang lebih arif mengenai hukum perkara tersebut.

“Saya buat kajian dan tanya rakan-rakan yang lebih alim sama ada boleh atau tidak lelaki jual pakaian dalam wanita.

“Selepas buat kajian, semuanya okay dan ada lampu hijau untuk saya jual dengan syarat tidak menyerupai wanita,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi