suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hos dirasuk bukan lakonan, Iskandar Rahman rasa panas tak mampu kawal diri... “Saya masih tahu batas”

PERSONALITI media sosial Iskandar Rahman menafikan dakwaan kononnya video tular memaparkan insiden  didakwa dirasuk ketika sesi temu bual bersama Ustaz Syafiq itu hanyalah gimik yang sengaja dirancang demi meraih perhatian ramai.

Iskandar, 31, berkata, kejadian itu berlaku di luar jangkaannya dan dia sendiri terkejut apabila insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba tanpa dirancang.

Menurutnya, apa yang berlaku ketika itu adalah spontan dan bukan kandungan yang direka semata-mata untuk mencetuskan sensasi di media sosial.

“Podcast saya adalah tidak dirancang semuanya adalah tidak ada skrip jadi waktu bersama tetamu ustaz Syafiq sebelum ini ada membawa barang lama yang mempunyai elemen mistik untuk pendedahan kepada semua.

“Waktu kejadian saya sedar apa yang berlaku dan keadaannya rasa macam panas dan ada aura negatif disekeliling studio, biarlah saya yang kena sebab kalau pasukan yang kena rasuk lagi teruk.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang untuk bercakap apa soal saya sebab kalau yang pernah mengalami seperti saya pasti akan tahu dan ini bukanlah sekadar kejar jumlah tontonan semata-mata… saya buat untuk kesedaran kepada semua,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi