suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal AF4 terdetik mahu berhenti menyanyi, sedar bukan mudah bertahan dalam industri

PENYANYI Faizal AF4 mengakui pernah terlintas di fikirannya untuk meninggalkan dunia nyanyian selepas memikirkan soal usia dan persaingan dalam industri muzik yang semakin mencabar.

Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 42, berkata, dia sedar bukan mudah untuk terus bertahan dalam industri seni lebih-lebih lagi apabila semakin ramai penyanyi baharu muncul.

“Memang pernah terdetik untuk berhenti menyanyi, tapi mungkin pada satu masa nanti.

“Umur pun makin meningkat, persoalannya boleh ke kita bertahan dalam industri selama-lamanya? Tak boleh,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Faizal berpendapat seseorang penyanyi di Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada tawaran persembahan nyanyian sebagai sumber pendapatan.

Sebaliknya, dia perlu lebih kreatif mencari peluang lain bagi memastikan kelangsungan hidup, terutama ketika tawaran menyanyi tidak menentu.

Jelasnya, dia juga tidak boleh hanya duduk menunggu tawaran datang sebaliknya perlu berusaha mencari ruang untuk menjana pendapatan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi