suria

Tuduhan ‘check in’ dengan wanita lain tak benar, Haqiem Stopa masih sayang isteri doa dilembutkan hati

PERSONALITI media sosial Haqiem Stopa tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku selepas dirinya dikaitkan ada berlaku curang terhadap isteri iaitu Aireena.

Mengulas perkara itu, Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, berkata dia menafikan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain seperti didakwa isterinya sebelum ini.

“Orang luar kena tahu curang tidak semestinya melibatkan pihak ketiga, bila sudah kahwin ni jadi banyak perkara yang boleh berlaku seperti like atau komen gambar perempuan di Instagram, itu pun akan membuatkan isteri tak suka.

“Yang cerita lebih-lebih tu biar saya dan isteri saja yang tahu kebenarannya tapi saya minta kepada semua untuk jangan fikir terlalu melampau sehingga menampakkan saya ni macam jahat.

“Saya tak check in atau duduk berdua-duaan dengan wanita macam orang bercakap tu, untuk ada hati dekat wanita lain pun tak ada, ya saya mengaku silap sebelum ini dan akan perbaiki segala kelemahan untuk pulihkan rumah tangga saya ni,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi