suria

Buat video ulasan naik kereta e-hailing kotor, penumpang ini kena kecam dituduh busuk hati

GARA-GARA berkongsi video pengalaman pertama menaiki perkhidmatan kereta e-hailing di Singapura, seorang penumpang dikenali sebagai Nad Pucellex menerima kecaman netizen di aplikasi TikTok.

Rata-rata menyelar tindakan wanita berkenaan malah mendakwa perkara itu seolah-olah ingin menutup periuk nasi pemandu berkenaan.

Wanita bernama Nur Nadira, 30, memberitahu dia terpaksa berdepan dengan bau kurang menyenangkan sepanjang perjalanan berdurasi 30 minit dari Singapura ke Geylang, Johor Bahru.

“Saya menaiki kenderaan tu daripada Woodland Singapura ke Geylang, dekat Malaysia saya ada kereta sendiri jadi tak perlu gunakan perkhidmatan e-hailing.

“Bila saya naik tu saya lihat keadaan kereta pemandu tu sangat kotor dan berbau yang sangat kuat, mungkin pemandu tu merokok saya rasa sebab tu kereta tu agak berbau.

“Tak tahan sangat sebab ini kali pertama saya naik kereta macam ni, bukan isu duit dipersoalkan tapi isu kebersihan jadi sebagai penumpang tak salah rasanya saya suarakan apa yang saya rasa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi