suria

Hebat pelajar sekolah rendah tunjuk bakat menyanyi, cikgu tak sangka video dalam kelas tular... Aepul Drama Band siap komen!

VIDEO persembahan seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Megat menyanyikan lagu kumpulan Drama Band menjadi tular di aplikasi TikTok.

Guru yang merakam video tersebut iaitu Yetty Natalia, 45, memberitahu tujuan asal dia memuat naik rakaman itu kerana mahu menjadikan ia sebagai kenangan dan tidak menyangkamenerima lebih 2.6 juta tontonan.

“Sebenarnya saya memang selalu memuat naik video pelajar pencapaian anak murid saya, aktiviti dalam kelas, main alat muzik atau menyanyi… tetapi secara kebetulan saya baru lepas live di TikTok dan nyanyian Megat sangat bagus waktu tu.

“Ramai yang tonton live saya ketika itu kemudiannya saya simpan klip video itu dan muat naik semula untuk simpan jadi kenangan… tak sangka pula jadi tular sehingga ramai netizen perasaan Megat mempunyai suara yang baik.

“Berdasarkan pengalaman saya hampir tiga tahun ada murid yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian, sebelum Megat ni ada lagi murid lain yang turut sama mempunyai suara lunak sepertinya,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi