suria

Tular video pemuda kena marah dengan pelancong asing, netizen pula kagum dengar slang Inggeris macam dalam filem

GARA-GARA video seorang pelancong wanita berbangsa asing memarahinya di media sosial, pemuda dikenali Hayes Ryan tidak menyangka dirinya menjadi terkenal dalam kalangan pengguna TikTok.

Bukan kerana dimarahi pelancong wanita, sebaliknya netizen menyatakan kekaguman mendengar loghat Ryan, 26, bertutur dalam bahasa Inggeris yang disamakan seperti menonton filem antarabangsa.

“Saya tidak sangka pula jadi tular selepas insiden video kena marah dengan pelancong wanita itu, lagipun ramai yang sudah kenal dan tegur saya bila berjumpa di depan. 

“Saya boleh bercakap tiga bahasa iaitu Inggeris, Rusia dan Mandarin sikit-sikit, semuanya saya belajar sendiri daripada kecil dan tiru percakapan dalam filem.

“Lepas kejadian itu Alhamdulilah tidak memberikan impak kepada perniagaan saya sebab semuanya berjalan macam biasa sebab yang kenal saya cuma orang Malaysia saja tapi orang luar tak banyak sangat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi